Sejak jatuhnya kerajaan Tipukrasi, ramai pemimpin Islam mendakwa DAPembulakHarapan mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi - iaitu 114.
Bahkan ada pemimpin Islam yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong terpaksa memilih Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri atas sebab jumlah wakil rakyat bukan Melayu/Islam dalam DAPembulakHarapan melebihi jumlah wakil rakyat Melayu/Islam.
Ini mengakibatkan pemimpin tersebut ditegur oleh Najib Razak dan Rezuan Yusof (Menteri Kereta Terbang) kerana pemimpin tersebut memberi gambaran bahawa YDPA bersikap perkauman dalam membuat keputusan memilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Baca sini.
Bagaimanapun, Anthony Loke telah membuat kejutan apabila dia mendedahkan bahawa DAPembulakHarapan sebenarnya tidak mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membolehkan YDPA memilih Anwar Ibrahim ataupun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri!!! Baca sini dan sini.
Amat memalukan pemimpin Islam dalam DAPembulakHarapan sanggup menipu rakyat semata-mata mahu berkuasa!
Penipuan mereka akhirnya didedahkan secara tidak langsung oleh DAP - parti yang dilabel sebagai kafir oleh pihak lawan!!!
Bagaimana mungkin parti kafir boleh bersikap jujur mengalahkan pemimpin Islam DAPembulakHarapan?
Demi kuasa politik, kemuliaan agama Islam diketepikan oleh pemimpin Islam DAPembulakHarapan?
أستغفر الله
Begitu keji sekali pemimpin Islam dalam DAPembulakHarapan?!
No comments:
Post a Comment