Tuesday, June 2, 2020

Surat kurang ajar MCA untuk Mahathir !!!


Surat Terbuka Kepada Tun Dr Mahathir. 

Salam Sejahtera YABhg Tun,

Semoga Tun sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Tahniah Tun kerana telah meletak jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Februari 2020. 

Sesungguhnya keputusan ini adalah wajar memandangkan Tun telah sedar bahawa betapa penting untuk memberi laluan terhadap pemimpin yang lebih muda dalam usia. 

Buat imbas kembali terhadap Tun dalam sepanjang tempoh Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan selama 22 bulan. Ada banyak “kerjayaan” yang telah dikecapi PH dan ditunjang oleh Tun. Antaranya:

(1) Berjaya membawa hutang negara ke paras yang lebih dekat dengan "Impian 1 Trillion"

(2) Berjaya jatuhkan nilai Ringgit berbanding USD tepat bercanggah dengan slogan PH "Najib jatuh Ringgek Naik"

(3) Berjaya membantu Master Chef Kari Kepala Ikan (gagal diploma kulinari) jadi elephant (menteri) yang penting dalam kabinet kerajaan PH 

(4) Berjaya melantik Menteri Kewayangan (kewangan) yang tiada sijil tauliah yang silap titik pepuluhan. 

(5) Berjaya mencipta pengaduhan dengan negara-negara lain.

(6) Berjaya memberikan RM30 kepada rakyat.

(7) Berjaya menurunkan dividen Tabung Haji.

(8) Berjaya menjual aset negara.

(9) Berjaya memberikan penerangan bahawa manifesto bukan kitap suci.

(10) Berjaya menipu untuk pembayaran PTPTN.

(11) Berjaya menerusKan kontrak Tol.

Dan banyak lagi usaha yang telah dikecapi oleh kerajaan dibawah pimpinan Tun. 

Akhir kata, kita bukanlah hendak mengkritik Tun semata-mata, tetapi ia adalah lebih sesuai sekiranya Tun tidak lagi mencacar-mabarkan keadaan Malaysia dengan usaha ingin keluar masuk istana. 

Tun bagi peluanglah kerajaan PN buat yang terbaik untuk rakyat jelata dalam keadaan penularan wabak COVID-19 ini. 

Rehatlah Tun, supaya Tun tidak dikenakan COVID-19 memandangkan warga emas merupakan golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19. 

Selamat bersara Tun.

CHEW SIR BOON

Pengerusi MCA Negeri Terengganu.

Wawasan2020 1Malaysia Dudukrumah

Thanks

No comments:

Post a Comment

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya?

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahat...