Thursday, May 30, 2019

Boris disaman kerana menipu rakyat dengan maklumat palsu di UK. LGE bila lagi?


Malaysia patut ada badan untuk mengawasi ahli-ahli politik yang berjawatan dalam kerajaan agar mereka tidak berbohong kepada rakyat. 

Rakyat Malaysia, tanpa mengira pegangan politik, seharusnya bersatu dalam menangani penipuan ahli-ahli politik, terutamanya mereka yang berada dalam kerajaan.

Jika mereka dibiarkan sahaja berbohong, seperti Trump di US, maka ia akan menjejaskan imej kerajaan.

Jika kedudukan dalam kerajaan disalahgunakan untuk berbohong, bagaimana rakyat hendak percaya kerajaan?

Kerajaan tidak mampu untuk berfungsi tanpa kerjasama dan kepercayaan dari rakyat!


Di Malaysia, kita ada LGE yang asyik berkata hutang negara satu trilion ringgit.

Tetapi yang menghairankan, walaupun kenyataannya disanggah oleh ahli kabinet Kerajaan PH dalam Parlimen, LGE masih lagi meneruskan pembohongannya.

Statistik BNM juga mengesahkan LGE berbohong tapi dia masih lagi meneruskan pembohongannya.

Malaysia mesti dibersihkan dari ahli-ahli politik seperti LGE yang sudah terang tanpa bersuluh sebagai berbohong kerana makkumat yang disebarkannya bercanggah dengan maklumat rasmi Kerajaan PH.

Jika LGE dibiarkan meneruskan pembohongannya, ia akan mengakibatkan Kerajaan PH dan kerajaan-kerajaan selepas PH mengalami kesukaran untuk mendapatkan kepercayaan rakyat kerana pembohongan secara terbuka (dan juga secara halus) adalah sesuatu yang dibenarkan dalam kerajaan.

Kenyataan Mahathir bahawa Manifesto bukan Kitab Bible, walaupun menyedihkan, ia sesuatu yang kita terpaksa terima kerana pihak yang menabur janji-janji pilihanraya memang tidak boleh disaman dalam mahkamah.


Satu-satunya cara untuk menolak penipu seperti Mahahir ialah menolak PH dalam pilihanraya yang akan datang.

Mahkamah undang-undang tak boleh buat apa-apa, maka mahkamah rakyat yang akan buat keputusan - iaitu tolak penipu-penipu.

Tetapi ahli-ahli politik yang ada kedudukan dalam kerajaan, yang menipu dengan maklumat palsu, mesti diheret ke mahkamah untuk diadili!

Rakyat Malaysia mesti bersatu untuk bersihkan dunia politik Malaysia dari penipu-penipu politik - tanpa mengira pegangan politik mereka.


Wallahua'lam.
  

No comments:

Post a Comment

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya?

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahat...