Sudah terang tanpa bersuluh bahawa Mahathir lemah dan tidak berupaya untuk berdepan dengan DAP.
Keputusan Kerajaan PH untuk membuat U-turn disebabkan desakan DAP membuktikan bahawa Mahathir lemah.
Agak menggelikan hati apabila melihat seorang insan yang dipuja-puja oleh penyokongnya sebagai pemimpin agong, rupa-rupanya amat lemah sekali.
Kemanakah perginya kehebatan manusia yang bernama Mahathir?
Walau bagaimanapun, Mahathir mungkin mampu untuk teach DAP a very good lesson sekiranya insiden yang memalukan ini membuatkan UMNO dan PAS mengambil keputusan untuk membela Mahathir demi khat jawi.
Sokongan UMNO dan PAS, yang dianggarkan seramai 70% Melayu memberi sokongan dalam PRU yang lepas (dan mungkin sokongan meningkat kepada 80% ataupun lebih selepas PRU14 disebabkan kegagalan PH menangani isu-isu yang penting untuk Melayu / Bumiputera), sudah tentu akan menggerunkan DAP dan parti komponen yang lain dalam PH.
Tetapi persoalan yang menarik ialah - adakah UMNO-dan-PAS akan memberi sokongan kepada Mahathir untuk berdepan dengan DAP dalam isu ini?
Mungkin PAS tidak teragak-agak untuk memberi sokongan.
Namun mungkin UMNO keberatan untuk berbuat demikian.
Due to faktor ketaatan.
Kemungkinan besar UMNO risau ahli-ahlinya enggan meninggalkan Mahathir setelah mereka bersama Mahathir dalam isu khat Jawi.
Rata-rata ahli PAS tidak menyukai Mahathir. Jadi tidak timbul persoalan sama ada ahli PAS enggan meninggalkan Mahathir.
Tetapi UMNO mungkin mengalami masalah jika UMNO mendekati Mahathir - tarikan Mahathir masih kuat dikalangan ahli-ahli UMNO.
Atas sebab itu ada dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang enggan menghulurkan bantuan kepada Mahathir / PPBM dalam semua isu yang berkaitan dengan Melayu / Bumiputera.
Bagi mereka, biarlah Mahathir / PPBM hancur.
Tetapi jika PAS berkeras untuk menghulurkan bantuan kepada Mahathir, apakah keputusan UMNO?
Adakah mereka sanggup mengambil risiko ahli-ahli mereka enggan kembali kepangkuan mereka semula?
No comments:
Post a Comment