Monday, August 5, 2019

Peringatan untuk YB-YB GPS : Rakyat tidak akan hargai pemberian kerajaan yang tiada sentuhan peribadi




Rakyat sekarang berbeza daripada yang sebelum ini.

Kalu dulu rakyat boleh berterimakasih kepada YB apabila menerima pemberian daripada kerajaan, rakyat kini bersikap sebaliknya.

Rakyat kini lebih mementingkan personal touch.

Jangan buang masa mendabik dada berkata kerajaan memberi ini memberi itu.

Rakyat tidak mengendahkan kerana mereka beranggapan itu adalah tanggungjawab kerajaan.

Bahkan rakyat sentiasa tidak berpuashati keatas tahap perkhidmatan kerajaan.

Bagi mereka, sepatutnya lebih baik dari apa yang ada.

Mereka tidak peduli sama sekali betapa sukar dan penat YB atau kakitangan kerajaan atau Menteri atau Timbalan Menteri atau Ketua Menteri dalam usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik.

Mereka tidak peduli.

Bagi mereka, jangan banyak cakap. Kalau tak sanggup buat kerja, serahkan kepada orang lain.

Tetapi rakyat mudah untuk menghargai dan terimakasih diatas usaha yang dihulurkan secara personal touch.

Mereka mahu pemimpin mereka sentiasa berada disisi mereka.

Mereka mahu melihat pemimpin mereka bekerja dengan tulang empat kerat dan bukannya memberi arahan melalui telefon.

inilah realiti rakyat masa kini.

10,000 peluang pekerjaan disediakan oleh kerajaan. So what???

RM30 billion wang rezab Sarawak dikumpulkan olek Kerajaan. So what???

Sudah banyak jalan-jalan ditar. So what???

Tahap pendidikan telah naik dan patut dibanggakan. So what???

Kejayaan-kejayaan ini tidak bermakna jika tiada personal touch!!!

Ingat! Rakyat masakini bukan lagi macam dulu lagi.

No comments:

Post a Comment

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya?

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahat...