Asyik-asyik, jumpa Mahathir untuk dapatkan kepastian tentang penyerahan jawatan PM. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/11/21/dr-m-anwar-meet-over-leadership-transition#cxrecs_s
Kalau Anwar caye Mahathir, takkan la asyik jumpa Mahathir untuk dapatkan kepastian tentang penyerahan jawatan PM.
Rasanya Mahathir naik bosan tak?
Anwar seperti kekasih yang asyik bertanya pasangannya - awak sayang saya tak?
Tak de rasa confident langsung!
Nie bukan tuduhan melulu tapi berdasarkan perbuatan Anwar sendiri.
Asyik asyik jumpa Mahathir pasal jawatan PM.
Berdasarkan tindak tanduk Anwar asyik berjumpa Mahathir, dapatlah dirumuskan bahawa Anwar tidak yakin dengan Mahathir.
Kalau yakin dengan janji Mahathir, pasal apa nak jumpa berkali-kali tentang hal yang sama?
Dan kalau yakin dengan janji Mahathir, pasal apa asyik ratib 'saya-PM-8'?
Coz nak ingatkan Mahathir agar tidak lupa janji?
Tepuk dada, tanya selera.
Anda yakin Mahathir akan serahkan jawatan PM kepada Anwar?
Anda pasti?
Mahathir akan lakukan apa saja demi dapatkan apa yang dimahunya.
Atas sebab itu, tidak mengejutkan jika Mahathir mampu mendapatkan sokongan DAP untuk membuatkan Anwar terus hanya bermimpi untuk menjadi PM hingga keakhir hayatnya.
No comments:
Post a Comment