Thursday, November 21, 2019

Selepas Anwar cabar Azmin, giliran Mahathir cabar Anwar


Mula-mula Anwar cabar Azmin untuk bertanding jawatan presiden PKR. https://m.malaysiakini.com/news/500089

Tak lama selepas tu, Mahathir pulak cabar Anwar untuk adakan undi tak percaya dalam Parlimen. https://m.malaysiakini.com/news/500611

Episod cabar mencabar ini amat menarik kerana ia merupakan isyarat jelas retak menanti belah dalam PembulakHarapan.

It is the point of no return for PembulakHarapan.

Sebarang usaha untuk mendamaikan Mahathir & Azmin dan Anwar & DAP tidak akan menghasilkan perdamaian yang tulen. 

Kedua-dua kem akan terus bercakaran sehinggalah salah seorang daripada mereka menyahut cabaran - bertanding jawatan presiden atau adakan undi tak percaya di Parlimen.

Setakat ini belum ada pihak yang berhasrat untuk membuktikan kejantanan.

Mereka masih lagi dalam peringkat menyusun strategi.

Bagaimanapun, Anwar mesti bertindak dengan segera untuk menyahut cabaran Mahathir sekiranya dua tidak mahu tewas ditangan anak didiknya Azmin.

Apa yang Azmin lakukan sekarang ialah melemahkan kekuatan Anwar dalam PKR.

Majoriti AMK dipilih bersama Azmin.

Majoriti Pimpinan Pusat dipilih bersama Azmin.

Semakin lama Anwar tidak bertindak, semakin lemah Anwar dalam PKR.

Dan akhirnya Anwar kekal menjadi bakal PM sehingga ke akhir hayatnya.

Persoalan sekarang ialah - Adakah Anwar mempunyai kejantanan untuk berdepan dengan Mahathir dengan mengadakan undi tidak percaya terhadap Mahathir; sebelum kekuatannya dalam PKR dimusnahkan oleh Azmin?

Anwar da telor? Kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya?

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahat...