Tuesday, December 10, 2019

Kebenaran yang pahit untuk ditelan Anwar : Dalam PKR, ada insan lain yang sehebatnya, iaitu Azmin


Sejak dari dulu Anwar suka mendabik dada I-am-THE-boss dalam Parti Kian Rebah.

Suaranya adalah suara keramat dalam Parti Kian Rebah.

Suaranya adalah suara autoriti mutlak dalam Parti Kian Rebah yang menenggelamkan suara-suara sumbang yang lain.

Malangnya, kini Anwar terpaksa menerima hakikat bahawa didalam Parti Kian Rebah, ada seorang lagi jaguh yang mungkin sehebatnya.

Jaguh ini mampu menghancurkan impiannya untuk menjadi PM-8.

Bahkan jaguh ini juga berupaya untuk menghancurkan Parti Kian Rebah!!!

Mungkin Anwar berpendapat strateginya untuk memerangkap Azmin agar hadir di Kongress Parti Kian Rebah supaya Azmin dapat dijinakkan dengan suara-suara kecaman ketika kongres berlangsung.

Malangnya ternyata Anwar silap perkiraan.

Azmin bukannya jaguh kampung tetapi jaguh nasional yang sehebatnya.

Azmin mempunyai ramai pengikut yang fanatik sepertinya.

Jika pengikut fanatik Anwar percaya Anwar tidak bersalah walaupun sperma Anwar ada dalam jubur Saiful, maka pengikut fanatik Azmin juga percaya Azmin bukan kaki semburit walaupun keputusan ujian forensik oleh dua pakar diluar negara memberi keputusan yang tidak meragukan bahawa Azmin dalam video semburit.

Mungkin satu-satunya cara untuk meredakan pertelingkahan diantara dia jaguh Parti Kian Rebah ini ialah dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar bagi memilih semula jawatan-jawatan yang dipertandingkan termasuk jawatan Presiden.

Ini membolehkan Anwar membuktikan for once and for all that hanya dia yang layak sebagai jaguh agung dalam Parti Kian Rebah.

Ketika ini, status jaguh agung dalam Parti Kian Rebah dikongsi bersama dengan Azmin.

Atas sebab itu, walaupun Anwar dan Azmin akhirnya berdamai, Anwar tidak akan dapat bertindak seperti manusia agung yang suaranya adalah suara keramat yang mesti dipatuhi dalam Parti Kian Rebah!

Sampai bila Anwar sanggup dimalukan oleh Azmin yang secara terbuka enggan menuruti kehendaknya sebagai Presiden Parti Kian Rebah?

Tetapi, persoalan yang menarik ialah - Adakah Anwar seorang anak jantan yang berani bertanding jawatan presiden melawan Azmin?

Sudah pasti pengikut Anwar kata Anwar anak jantan yang berani.

Tetapi sebenarnya, Anwar bukan anak jantan yang berani.

Dalam kes sodomi, Anwar tidak berani untuk disoalsiat dalam mahkamah.

Tidak seperti Najib yang berani disoalsiasat dalam kes SRC dalam mahkamah.

Anwar selalu berkata - berani kerana benar.

Tapi Anwar tak berani dalam mahkamah ketika kes sodomi.

Maka, persoalannya ialah - dimanakah kebenaran ‘berani-kerana-benar’?

Berdasarkan sejarah Anwar, maka bolehlan dikatakan Anwar tidak akan berani berdepan dengan Azmin dalam pemilihan jawatan presiden.

Kerana kata-kata ‘berani-kerana-benar’ hanyalah semata-mata untuk menipu rakyat dan bukannya untuk dilaksanakan.

😂😂😂

Kekuatan Anwar dalam Parti Kian Rebah hanya digembar-gemburkan sahaja - hakikatnya dia tidak kuat.

Kalau benar Anwar kuat dalam Parti Kian Rebah, adakah Azmin berani melawannya?

Sudah tentu tidak 😂😂😂.

No comments:

Post a Comment

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya?

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahat...