Monday, December 9, 2019

Mahathir perosak nilai moral generasi muda? Anda nilai sendiri 🙈🙉🙊


Sebelum PRU14, Mahathir 'dipuja(?)' sebagai penyelamat Malaysia daripada 'kedajalan(?)' BN.

Banyak isu- isu yang dibangkitkan oleh Mahathir yang dikatakan bakal menjahanamkan negara sekiranya BN masih lagi berkuasa.

Rakyat percaya dengan kata-kata Mahathir dan mengundi PH sebagai pengganti BN di Putrajaya.

Akhirnya Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7.

Satu-satunya rakyat Malaysia yang menjadi PM Malaysia sebanyak 2 kali.

Malangnya, tak sampai setahun menjadi PM, temberangnya pecah.

Rupa-rupanya rakyat Malaysia telah ditipunya!

Pelaburan-pelaburan atau projek-projek dibawah Kerajaan BN, yang dahulunya dikecam sebagai pembaziran ataupun menjual negara, tiba-tiba dianggap sebagai aset yang bernilai tinggi ataupun pelaburan yang bijak.

Manifesto PH yang menjanjikan bulan dan bintang, rupa-rupanya hanya janji palsu.

Mahathir menipu.

Mahathir berbohong.

Beginikah manusia usia emas yang patut dijadikan contoh untuk generasi muda?

Sepatutnya seseorang yang berada diusia emas sudah khusyuk membuat persediaan menemui ajal sebagaimana Allahyarham TGNA yang khusyuk beribadah selepas berundur.

Malangnya Mahathir kelihatan amat khusyuk dengan duniawi.

Astaghfirullah !!!

Umno dah kena dua kali - Mahathir berbohong tentang butiran perjumpaan dengan pemimpin Umno.

Manifesto diremehkan.

Tahap pemikiran rakyat diperlekehkan.

Adakah duniawi segala-galanya untuk Mahathir?

Inikah contoh yang baik untuk generasi muda yang memujanya?

Adakah generasi muda akan seperti Mahathir - tanpa rasa segan, berperangai seperti seorang munafik?

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya?

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahat...