Sunday, January 12, 2020

Ya ALLAH! Sampai bila Mahathir hendak berbohong mengenai ekonomi / hutang negara?


Di usia 94 tahun, sepatutnya Mahathir berusaha untuk menjadi seorang warga emas yang jujur. 

Jujur seperti yang di ekpek from a senior citizen (be it our father, mother, grand father or grand mother).

Tetapi perangai Mahathir seperti orang muda yang bergiat dalam politik - menipu tak henti-henti sampai bau hancing!

Banyak sangat janji-janji seorang warga tua ini yang tidak ditunaikan, yang memalukan warga tua yang lain.

How to respect warga tua if they behave like Mahathir?

No matter what, we have to reject any politicians yang kaki bulak - sik kira sapa, Mahathir, Anwar, Abang Jo, Azamin.

We, the rakyat, could not afford to have liars to be our leaders! PERIOD.

---
Chedet.cc

Najib Razak menulis :

Jumaat lalu, penulis bernama Chedet ini mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan kerajaan PH.

Mula-mula dia kata negara di bawah kerajaan BN dahulu sedang menuju ke arah bankrap.

Lalu, dia memuji kekuatan ekonomi Malaysia sekarang. Dia kata:

1. Pertumbuhan KDNK Malaysia masih pada kadar yang baik
2. Rizab antarabangsa BNM melebihi RM400 bilion
3. Jumlah aset tabung-tabung simpanan seperti PNB, KWSP melebihi RM1.5 trilion
4. Malaysia banyak aset asing
5. Keuntungan Petronas masih tinggi.

6. Bagaimanapun, dia mengaku bahawa Malaysia mengalami aliran keluar dana asing dan Ringgit sudah lemah.

Namun, Chedet kata ini adalah salah pelabur asing yang tidak mengesyorkan kekuatan ekonomi Malaysia yang dia sebut di atas.

Hmmm... Lagi pelik ialah kekuatan yang Chedet nyatakan itu juga kekuatan yang dibina oleh kerajaan BN yang dia kata mufliskan negara.

Chedet ini mungkin tak faham bahawa:

1. Petumbuhan KDNK masa BN sebelum PRU14 adalah lebih tinggi. 5.9% berbanding 4.8% (2018), 4.7% (2019) dan 4.8% (sasaran 2020 tetapi Bank Dunia kata 4.5% sahaja).

Dari tahun 2010 hingga 2017, purata kadar pertumbuhan ialah 5.5% manakala defisit negara turun setiap tahun pada tempoh itu.

Sejak PRU14, kadar pertumbuhan KDNK menurun ke bawah purata masa BN manakala defisit naik semula.

2. Rizab antarabangsa BNM sebelum PRU14 adalah lebih tinggi berbanding sekarang. Rizab ini telah jatuh US$8 bilion (RM33 bilion) selepas PRU14.

3. Jumlah aset tabung-tabung ini naik berganda-ganda dari RM847.8 bilion pada akhir 2008 sebelum saya jadi PM ke RM1.995 trilion pada masa PRU14.

Yes, sudah berganda ke hampir RM2 trilion masa saya PM, tuan-tuan dan puan-puan pada masa dividen tabung-tabung ini tinggi-tinggi sepanjang tempoh itu. (kita tak main benda-benda seperti hibah TH 1.25%, dividen LTAT 2%, dividen ASB 5.5%)

Bukan RM1.5 trilion seperti dinyatakan oleh Chedet.

Naik sebanyak RM1.15 trilion dalam tempoh saya PM! (tapi PH kata saya gagal pulak).

4. Ya, Malaysia memang banyak aset asing yang dibina oleh kerajaan BN masa saya PM. Tetapi banyak aset-aset asing ini juga telah dijual oleh kerajaan PH selepas PRU14.

5. Ya, keuntungan Petronas masih tinggi seperti masa kerajaan BN dahulu sehingga aset bersih Petronas berganda dari RM247.9 bilion (2008) ke RM432.5 bilion (akhir Mac 2018) - termasuk cash tunai RM176 bilion.

Tetapi selepas PRU14, PH banyak menjarah rizab tunai Petronas ini sehingga ianya diturunkan penarafan oleh rating agency antarabangsa pada bulan Jun 2019 lalu.

6. Walaupun Chedet mengaku bahawa aliran keluar dana asing berlaku tetapi dia tak sebut bahawa aliran dana asing dari pasaran saham kita selepas PRU14 adalah RM15 bilion (Mei hingga Disember 2018) dan RM11.2 bilion (2019).

Sebelum PRU14 dari Januari 2017 hingga April 2018, ianya bukan aliran keluar dana tetapi aliran MASUK dana asing sebanyak RM14 bilion.

Dan ya, Ringgit memang telah memulih ke RM3.81 berbanding Dolar Amerika sebelum PRU14 - iaitu jatuh sedikit dari taraf RM3.73 pada masa saya mula menjadi PM pada April 2009.

Ianya bukan jatuh teruk dari RM2.40 ke RM3.80 (itupun kerana ditambat) dari masa PM ke-4 bermula hingga dia tamat atau dari RM3.83 hingga RM4.10 masa PM ke-7.

Saya juga ingin menyatakan bahawa hutang langsung negara telah naik dari RM686.8 bilion pada tahun 2017 ke RM810 bilion sekarang kerana kadar pinjaman dan defisit kerajaan PH adalah jauh lebih tinggi berbanding masa saya PM.

Oleh itu, persoalannya ialah kenapa Chedet masih tegas bahawa Malaysia di bawah kerajaan BN dahulu sedang menuju ke arah muflis masa saya PM sedangkan keadaan ekonomi masa itu adalah lebih baik dari "kekuatan" ekonomi sekarang yang dinyatakan Chedet ini?

No comments:

Post a Comment

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya?

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahat...