Lihat video klip disini. |
1. Seorang lelaki dikatakan telah datang berjumpa Rasulullah. Lelaki itu turut membawa untanya, lalu dia bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah harus aku membiarkan untaku ini dan bertawakal kepada Allah?” Rasulullah dengan tenang memberikan jawapan yang jelas dalam sabdanya yang menyebutkan: “Ikatlah unta itu dan bertawakal kepada Allah.” -Sumber
2. Saidina Umar menegur sekumpulan manusia dari Yaman yang datang bermusafir tanpa membawa sebarang bekalan. Mereka mendakwa mereka adalah kumpulan manusia yang bertawakal kepada Allah. Umar membantah dengan berkata: “Kamu bukanlah golongan yang bertawakal tetapi golongan yang membinasakan diri (membiarkan diri binasa kerana tidak berusaha untuk memelihara diri).” -Sumber