Sunday, June 21, 2020

Mahathir curi berbilion-bilion ringgit berpuluh tahun, dia jadi PM kali kedua tetapi seorang yang mencuri setin Milo, meringkok dalam penjara.


 
Inilah keadilan diMalaysia - yang mencuri berbilion-bilion berpuluh tahun, dibiarkan sahaja tetapi yang mencuri setin Milo meringkok dalam penjara.

Malaysia perlu membersihkan budaya politik yang kotor ini.

Terlalu banyak kes-kes yang menyamai kes mencuri yang dilakukan oleh Mahathir yang menyaksikan tiada tindakan diambil keatas mereka.

Gara-gara kepentingan politik mengatasi keadilan.

Jika kes 'sekecil' tin Milo diambil tindakan, dimana logiknya kes berbilion-bilion ringit dibiarkan sahaja?

Adakah ini bermakna di Malaysia, golongan kaya-raya seperti Mahathir dan keluarganya kebal undang-undang? 

Manakala rakyat biasa tertakluk kepada undang-undang?

Tindakan segera patut diambil keatas Mahathir dan keluarganya!

Bukan atas sebab membalas dendam tapi atas sebab mencari keadilan.

Mahathir masih lagi bernafas dimuka bumi ini - maka dia patut diberi peluang untuk membersihkan namanya seperti mana Najib diberi peluang untuk membersihkan namanya.

Jika kerajaan hanya bertindak apabila Mahathir sudah tiada lagi, maka kerajaan tidak berlaku adil keatas Mahathir.

Dia tidak berupaya untuk membela dirinya!

Apa yang ditunggu oleh Kerajaan PN?

Bimbang ada dikalangan Yang Berhormat PN yang mungkin marah dengan tindakan dan seterusnya meranapkan kerajaan PN?

Memegang kuasa lebih penting daripada keadilan?

Kerajaan PN tidak perlu merasa bimbang dengan tindakan sedemikian kerana rata-rata rakyat Malaysia mahukan keadilan.

Dan jika kerajaan PN runtuh atas sebab kemarahan Yang Berhormat PN, maka biar rakyat menghukum mereka!

Jelaskan kepada rakyat bahawa usaha membawa Mahathir dan keluarga ke muka pengadilan bukan atas sebab dendam tetapi atas sebab mencari keadilan!
  

No comments:

Post a Comment

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya?

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahat...