Saturday, May 11, 2019

365 'Kejayaan' PH 365 Hari Memerintah



SETAHUN PAKATAN HARAPAN: 365 KEGAGALAN


1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN.

2. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.

3. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019.

4. Kita jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia.

5. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN.

6. KDNK negara pada tahun 2019 dijangka pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019

7. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN.

8. Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS jatuh.

9. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di dunia oleh Bloomberg

10. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di Asia oleh Nikkei.

11. Peruntukan kepada subsidi baja padi dipotong daripada RM465 juta (2018) kepada RM232.5 juta dalam bajet 2019.

12. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.

13. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019.

14. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.

15. Program Food and Agro Council for Export (FACE) dihapuskan dalam bajet 2019 berbanding peruntukan sebanyak RM3 juta pada 2018.

16. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.

17. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy Development Corporation dikurangkan sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019 berbanding 2018.

18. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.

19. Pemindahan Khazanah daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri

20. Penjualan pegangan 0.66 peratus Khazanah dalam bank yang kedua terbesar di Malaysia iaitu CIMB

21. Keengganan kerajaan Pakatan untuk menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyemak semula rangkaian kompleks GLCs yang berpotensi membawa kepada amalan ‘penaungan selektif’.

22. Langkah menerima bekas ahli parlimen UMNO secara besar-besaran menimbulkan kecurigaan terhadap komitmen PM terhadap agenda reformasi institusi.

23. Pelantikan Ronald Kiandee yang menyertai Parti Bersatu sebagai Pengerusi PAC sebelum digantikan menimbulkan persoalan mengenai komitmen Pakatan kepada reformasi.

24. Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR) digesa diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen, selari janji ke-16 dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dirangka ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

25. Projek ECRL dikurangkan RM21 bilion melalui perubahan jajaran dan jumlah stesen, tidak dikurangkan RM30 bilion seperti mana dakwaan hutang 1MDB dahulu.

26. Projek Bandar Malaysia diteruskan dengan kekalkan kontrak rundingan terus kepada IWH-CREC, bercanggah dengan prinsip tender terbuka Pakatan.

27. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan, malah saiz kakitangan awam juga ingin dikurangkan

28. Kecurigaan melampau kepada kesetiaan penjawat awam.

29. Pengakuan Tun Daim bahawa ramai Menteri lantikan Tun M berpatah arang berkerat rotan dengan birokrat dan PTD, mengakibatkan dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan kucar-kacir.

30. Kepakaran birokrat dan PTD kurang dimanfaatkan, sebaliknya nasihat mereka dipinggirkan dek kegopohan Menteri lantikan Tun M melakukan perubahan semata-mata demi dilihat melakukan perubahan tanpa pertimbangan pakar.

31. Isu sijil akademik palsu dan cubaan menutup pembohongan oleh sebahagian menteri.

32. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini.

33. Tiada fokus pada usaha menjana pendapatan baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI, Torium, mikrob, dan sebagainya). Terperangkap dengan pemikiran ekonomi abad ke-20

34. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh diulangi kerana beri kesan kepada perisik negara di luar negara.

35. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun. Bagaimana dengan negeri-negeri lain?

36. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura

37. ‘U-Turn ECRL’, sekejap batal, sekejap tidak, telah menjejaskan kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China untuk tempoh 10 bulan lamanya.

38. ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di bandar.

39. MRT2 perlu dirunding kembali susulan penerusan projek Bandar Malaysia. Satu lagi ‘U-turn’.

40. Amalan ‘bulldozer’ rang undang-undang di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan.

41. Soalan pertama Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa kerajaan PH membisu bila syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC mengeluarkan kenyataan balas pada bulan Oktober lalu bahawa 1MDB tidak berhutang kepada IPIC, jelas bertentangan dengan tuduhan kerajaan PH? Jika ia prejudis, mengapa PH boleh keluarkan kenyataan mengenai perjanjian itu tetapi tak mahu dedahkan dokumen perjanjian itu?

42. Soalan kedua Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa tiada satu pun pemimpin PH pernah mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi dan bos mereka tidak dipanggil untuk disoalsiasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada mereka dan merekalah yang didapati banyak menggunakan wang itu dan mengagihkan wang itu kepada pihak-pihak yang lain? Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh pihak IPIC.

43. Soalan ketiga Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Adakah perjanjian penyelesaian itu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020?

44. Soalan keempat Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa masih tidak mahu mendedahkan perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan 2017 ini?

45. Kos jutaan ringgit selenggara kapal mewah Equanimity seharusnya disalurkan kepada lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi

46. Kerajaan lebih memfokus kepada kereta nasional ke-3 berbanding membangunkan pengangkutan awam moden untuk Greater KL dan negeri-negeri lain.

47. Tidak cukup dengan Obses Tun M dengan Projek Kereta Ketiga walau ditentang ramai, kini fokus pula kepada usaha untuk kembalikan perlumbaan mahal F1 ke Malaysia.

48. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto perlu dihentikan segera, sedangkan telah ‘memerah’ RM80 bilion daripada Petronas untuk tahun 2018 sahaja.

49. Amalan mengutus individu bukan eksekutif seperti Tun Daim ke China, mengetepikan Menteri Luar dan Menteri Kewangan, perlu dihentikan

50. IRI Amerika diundang ke Pejabat PM tanpa ketelusan, tidak dimaklum kepada rakyat.

Bacaan seterusnya di sini.

No comments:

Post a Comment

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya?

SOALAN CEPU EMAS : Mengapa mainstream media tak berani tanya (atau buat follow-up) Mahathir mengenai dakwaan Najib tentang kekayaan Mahat...